Tuesday, 13 October 2015
Pengalaman Bersalin Anak Kedua Secara Normal Guna Kaedah Vacum Part 2
Assalamualaikum
lama sungguh nak taip part 2 pon..cerita pon dah basi hehehe..
dok layan anak2,sibuk tempahan durian crepe ditambah dengan keyboard PC rosak memang mood berblog ke laut.
k ni sy sambung cerita kenapa anak saya kena tahan selepas di lahirkan.
Lepas masuk ward suami masuk sekejap melawat saya..masa tu dia baru lepas qamatkan anak kami. dia pon tak sempat cerita apa2 dengan saya ..katanya sekejap lagi pakar nk jumpa dan bagi penerangan kat dia di NICU. Mengenangkan apa la masalah anak buatkan saya tak boleh berhenti berfikir..suami whatsapp katanya anak ada masalah jangkitan kuman.
Keesokan harinya, doktor melawat dan dia tnya puan dah tau ke masalah anak dan dia bg penerangan bla bla bla..smpai la pkul 12 tengahari masanya kali pertama saya untuk melawat anak selepas melahirkan..sampai saja di bed anak air mata saya memang laju je turun. wayar2 berselirat di badan. Kesian sungguh. tak sanggup nak tengok lama2. Doktor pakar kata anak kena Pneumonia..jangkitan kuman pada paru2. Tak pasti apa puncanya samada dr proses bersalin yang lama atau punca lain. Katanya kena on antibiotik dan tak pasti berapa lama dan bergantung kepada baby tu snedri..ada yang seminggu dah ok, ada yg 2 bulan..5 bulan baru ok..ada juga yang meninggal. Dengar penerangan dari doktor lagi la saya kecut perut..dalam hati berdoa moga ankku cepat sembuh dan antibiotik sesuai dgn anak.
Tengok cara anak saya bernafas memang kesian..dada jd berombak dan dia memerlukan bantuan oksigen..5 hari dengan bantuan oksigen dan antibiotik semakin berkuran dosnya..setiap hari melawat dan hantar EBM untuk anak air mata tak henti mengalir..dah pandai tengok ibu dan walid. hari ke 6 doktor cuba buang oksigen dan dan tengok baby boleh survive atau tak..yeay Alhamdulillah baby boleh bernafas sendri. Baby dipindahkan ke ruang yg separa kritikal..syukur sgt. Masa ni sy dh boleh cuba bagi susu secara direct dan baby pandai hisap. Masih lagi on antibiotik tapi dos yang sikit kata doktor.
Hari ke 8 cari anak di wad NICU semi kritikal tak jumpa. hati dah mula risau mana la anak aku. Cuak sangat dah waktu tu takut jadi apa2 kat baby. Tanya misi rupanya baby dh pindah bilik. Rupanya di dipindahkan ke bahagian yang ok sikit..tanpa wayar dan antibiotik..syukur. masa ni hati dah berbunga2. Doktor kata masih dalam pemantauan dan InsyaAllah tak lama lagi boleh kluar kalau semua elok.
Hari ke 9, dapat panggilan dari hospital katanya anak dah sihat dan boleh discharge. Hari tu juga memang ayah sy nak buatkan akikah untuk baby. Cepat2 kami siap ke hospital nak sambut anak balik. Sampai hospital tukarkan dia pakaian baru dan bawa balik kerumah. Sampai rumah petang tu cukur rambut dan malam tu km buat kenduri akikah baby.
Alhamdulillah anak sihat. Sepanjang 9 hari2 ulang alik ke hospital mcm rasa tak berpantang. Hari2 pam susu untuk hantar ke hospital. Alhamdulillah selama 10 bulan sudah melahirkan Aula Safiyya dan susu ibu sepenuhnya. Semoga membesar dengan sihat sayang..jadi anak solehah..Amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment