Tuesday 13 October 2015

Pengalaman Bersalin Anak Kedua Secara Normal Guna Kaedah Vacum Part 2

Assalamualaikum

lama sungguh nak taip part 2 pon..cerita pon dah basi hehehe..
dok layan anak2,sibuk tempahan durian crepe ditambah dengan keyboard PC rosak memang mood berblog ke laut.

k ni sy sambung cerita kenapa anak saya kena tahan selepas di lahirkan.

Lepas masuk ward suami masuk sekejap melawat saya..masa tu dia baru lepas qamatkan anak kami. dia pon tak sempat cerita apa2 dengan saya ..katanya sekejap lagi pakar nk jumpa dan bagi penerangan kat dia di NICU. Mengenangkan apa la masalah anak buatkan saya tak boleh berhenti berfikir..suami whatsapp katanya anak ada masalah jangkitan kuman.

Keesokan harinya, doktor melawat dan dia tnya puan dah tau ke masalah anak dan dia bg penerangan bla bla bla..smpai la pkul 12 tengahari masanya kali pertama saya untuk melawat anak selepas melahirkan..sampai saja di bed anak air mata saya memang laju je turun. wayar2 berselirat di badan. Kesian sungguh. tak sanggup nak tengok lama2. Doktor pakar kata anak kena Pneumonia..jangkitan kuman pada paru2. Tak pasti apa puncanya samada dr proses bersalin yang lama atau punca lain. Katanya kena on antibiotik dan tak pasti berapa lama dan bergantung kepada baby tu snedri..ada yang seminggu dah ok, ada yg 2 bulan..5 bulan baru ok..ada juga yang meninggal. Dengar penerangan dari doktor lagi la saya kecut perut..dalam hati berdoa moga ankku cepat sembuh dan antibiotik sesuai dgn anak. 

Tengok cara anak saya bernafas memang kesian..dada jd berombak dan dia memerlukan bantuan oksigen..5 hari dengan bantuan oksigen dan antibiotik semakin berkuran dosnya..setiap hari melawat dan hantar EBM untuk anak air mata tak henti mengalir..dah pandai tengok ibu dan walid. hari ke 6 doktor cuba buang oksigen dan dan tengok baby boleh survive atau tak..yeay Alhamdulillah baby boleh bernafas sendri. Baby dipindahkan ke ruang yg separa kritikal..syukur sgt. Masa ni sy dh boleh cuba bagi susu secara direct dan baby pandai hisap. Masih lagi on antibiotik tapi dos yang sikit kata doktor.

Hari ke 8 cari anak di wad NICU semi kritikal tak jumpa. hati dah mula risau mana la anak aku. Cuak sangat dah waktu tu takut jadi apa2 kat baby. Tanya misi rupanya baby dh pindah bilik. Rupanya di dipindahkan ke bahagian yang ok sikit..tanpa wayar dan antibiotik..syukur. masa ni hati dah berbunga2. Doktor kata masih dalam pemantauan dan InsyaAllah tak lama lagi boleh kluar kalau semua elok.

Hari ke 9, dapat panggilan dari hospital katanya anak dah sihat dan boleh discharge. Hari tu juga memang ayah sy nak buatkan akikah untuk baby. Cepat2 kami siap ke hospital nak sambut anak balik. Sampai hospital tukarkan dia pakaian baru dan bawa balik kerumah. Sampai rumah petang tu cukur rambut dan malam tu km buat kenduri akikah baby.

Alhamdulillah anak sihat. Sepanjang 9 hari2 ulang alik ke hospital mcm rasa tak berpantang. Hari2 pam susu untuk hantar ke hospital. Alhamdulillah selama 10 bulan sudah melahirkan Aula Safiyya dan susu ibu sepenuhnya. Semoga membesar dengan sihat sayang..jadi anak solehah..Amin..

Tuesday 12 May 2015

Pengalaman Bersalin Anak Kedua Secara Normal Guna Kaedah Vacum

Assalamualaikum dan hai,

Sebenarnya dah lama nak cerita pengalaman bersalin ni..anak pertama dulu tahun 2011 ceaser dan saya nk cerita kat blog lama dulu asyik bertangguh je sampai la mengandung anak kedua yg lahir pada 29 Disember 2014. Hambekk kau punya lama tangguh sampai mengandung lagi tak boleh nk taip entry ni. Maka saya terus share pengalaman je la untuk anak kedua ni yer..
saya sepatutnya due 7 Januari 2015. Kelengkapan baby dah siap semua dah kami beli sikit-sikit je sbb bajet guna yang kakak auni dulu je..sian adik..pasrah la ye sebagai anak kedua hehehe. Lagipon baby kan cepat besar so tak payah beriya sangat nak beli sampai penuh almari ok. Sebelum tu maafkan saya jika entry ni agak panjang almaklumla nak cerita pengalaman.

Masuk je trimester ke 3 memang saya tak larat sangat. kaki pon macam kaki gajah. Hari2 minta suami urutkan kaki bagi reda sikit sakit tu. Mood masak memang lari terus tapi terpaksa la masak juga demi mengenangkan auni dan suamiku nak makan apa pulak kalau tak masak. Sekali sekala je kami makan kat luar. OK disebabkan anak pertama dulu ceaser maka doktor pakar tanya kali ni awak nak bersalin ceaser atau biasa. ehh dalam hatiku dok kata boleh ke buat pilihan ni?? pastu saya pon jawab InsyaAllah nak cuba bersalin normal doktor..wahhh yakinnye kau hahaha padahal dalam hati dok takut-takut. Doktor kata nanti kita cek parut ceaser dulu dan tengok sama ada boleh try normal atau tak. Pastu 2 kali jmpa pakar utk cek parut dan dia kata semua elok dan boleh bersalin normal katanya.

26 Disember 2014
Masa ni aku nak balik bercuti hujung minggu di kampung halamanku di Kuala Nerang. Dalam kereta memang dah siap beg aku if ada emergency boleh terus ke hospital sebab memang menghitung hari je nak bersalin. Cadangnya awal bulan satu baru nk balik kampung bawak semua barang sebab plan memang nak berpantang di kampung dan nak bersalin di Hospital Sultanah Bahiyah. Saya pon balik la kampung dengan gembiranya dgn niat balik kampung nk makan macam2 sebelum bersalin. Masa ni memang dah rasa sakit kat ari-ari. Memang rasa baby dah turun sangat dah.

27 Disember 2014
Dekat kampung aktiviti saya makan je. Kerja rumah memang tak larat sangat nak buat. masak pon tak sebab nk berdiri memang tak boleh. Sakit di ari-ari ni memang tak menahan betul. Dalam hati dok kata nak bersalin dah kot. contraction pon kejap macam sekata kejap macam menipu ehhh main-main betul. Siang hari masa ni contraction rasa sekata tapi saya biarkan je macam tak layan sangat. Waktu maghrib saya rasa sakit kat ari-ari dan contraction makin kerap dan sekata. Malam ni juga sedara mara buat makan-makan steambot. Otak dok pikir alaaaa kalau pegi hospital kang tak leh makan stemboat pulak..sempat lagi pikir makan tuu. Bagitau suami dan suami ajak pegi hospital. Pergi hospital Kuala Nerang je dulu untuk cek bukaan. Sedara mara lain dah penuh kat rumah pak su untuk makan yang kami sibuk nk ke hospital..diorang dok usik2 pulak suh makan dulu nnt nak beranak lama nk kena pantang takut kempunan tak boleh makan steamboat..cehhh..saya pon kata tak pa nk pi hospital dulu satgi kalau tak kena tahan kakak balik makan..taruh sikit kat kakak..masa ni sayu tengok anak sulung yg kena tinggal. Dia pon macam dan pandai bawa diri. Dah sampai hospital nurse yang bertugas rupanya kawan suami. maka cepat la urusan dan orang pon tak da sebab labor room HKN tengah renovate. Nurse pon cek la bukaan..sakitnye la dia seluk hoiii..dia kata baru 1cm.. boleh balik rumah dl..tapi dh kluar darah masa dia seluk tu. kami pon balik rumah dan sambung makan steamboat sampai kenyang. Tapi saya nak duduk dan nak jalan pon macam tak daya sebab sakit kena seluk tak habis lagi. Selasai semua saya balik rehat dan tidur di rumah tapi malangnya tak boleh nak lelapkan mata. Rasa contraction dan rasa lain macam pulak.

28 Disember 2014
Pukul 6 pagi bangun nak kencing dan solat subuh tengok2 ada keluar tanda turun darah. Betul ke ni tanda turun darah ekk sebab saya tak pernah alami masa lahirkan ank sulung dulu. Bagitau suami dan dia suruh mandi dan siap2 ke hospital. Pukul 7 kami gerak ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), sebelum sampai hospital contraction rasa kuat. nak sarapan kat kedai tepi jalan pon saya dah tak nak..nak cepat sampai hospital je. Masuk kat PAC tu tak da patient lain lagi..doktor pon ramai masa tu dan cepat la diorang cek bukaan dan buat CTG..masa ni bukaan baru 2cm.. doktor tanya nak balik ke nak masuk wad. Saya kata nak masuk wad je la sebab rumah saya jauh. Ok masukla ke  wad..dapat katil sebelah tingkap. Perut lapar sebab tak jamah apa langsung. Suami belikan roti dan saya makan roti. habis makan roti baru dapat makanan wad..saya makan sampi licin. Sedap makan hospital ni hahaha.. orang tak suka makanan hospital tapi saya ok je. Makan sebab nak bagi ada tenaga. pukul 4.30 petang waktu melawat. Tengok muka suami rasa lega sikit walaupon contraction  makin kuat.Muka boleh senyum lagi. Pukul 6 petang mak sedara datang melawat masa ni sakit kejap kuat kejap tak. Diorang dok bergelak tawa saya memang dah bingit telinga dengan contraction yang memulas-mulas ni. Serius sakit contarction ni kita tak boleh nak adjust. pusing kanan sakit pusing kiri sakit. Lepas habis masa melawat saya pergi kat kaunter misi cakap saya sakit sangat ni misi, boleh buat VE tak? dia kat duduk dulu nak panggil doktor.. doktor seluk2 masih lagi 2cm. Saya masa ni pasrah dah..sakit kuat macam ni baru buka 2 cm macammana la aku nk hadap sakit yang bukaannya 10cm.. insaf jap.
pergi balik kat katil buka hp baca surah Maryam tapi tak dapat nak baca banyak sebab sakit. minum air zamzam,air selusuh dan istighfar. Sepanjang masa zikir je jadi peneman. sedih betul masa ni nk hadap sakit sorang2. yang paling tak tahan jiran katil sebelah ni dia dah bersalin dan dia dok ajak menyembang.. ya ampunnn aku ni tengah sakit kau ajak sembang. saya sembang sikit-sikit je sebab nak leh nk fokus dah dengan cerita dia. 
Saya makan kurma 2 3 biji..nasib la kurma dah ada siap2 dalam beg ni. Pukul 11.30 malam contraction kuat sangat. sakit je saya bangun berjalan. saya tak boleh baring sebab bagi saya lagi sakit kalau baring. puas tawaf 1 wad punya nak cover sakit tapi tak boleh. kejap2 rasa nak kencing pegi tandas bila kencing je kluar darah sikit. hilang sakit saya baring, datang sakit saya bangun jalan. Pukul 2 pagi memang dah tak tahan sangat saya pergi ngadu kat misi cakap saya sakit sangat ni tlong cek bukaan jap. misi ni agak kerek sikit..buat muka bila kita cakap ngan dia..sakit hati gak masa ni. Doktor cek bukaan baru 3 cm kak..adoyaii lambat lagi ke doktor..saya tak tahan sangat ni. masa ni saya merayu-rayu dengan doktor mintak ubat tahan sakit. Nasib la doktor baik dan lembut. Dia suruk buat CTG dl..kalau ok baru boleh bagi ubat tahan sakit. Cek CTG graf tak berapa ok sebab anak tido. Misi kata graf tak elok ni macam mana nak cucuk ubat..tengah dia cakap2 baby gerak n graf makin ok. saya nak cakap pon dah tak larat. Tiba-tiba rasa nak teran sangat. saya pon teran dan panggil misi. Misi tlong2 saya rasa keluar darah la..time ni saya memang cuak sangat..doktor pon sibuk datang cek bukaan tengok dah 4 cm dan dia kata boleh masuk LR dah. Lepas tu doktor cucuk ubat tahan sakit di punggung sebab kesian saya dok tahan sakit. masa ni rasa lega sebab akhirnya aku di sorong masuk ke LR. First time nak tengok mcm mana lka rupa LR ni hehehe. Hantar sms kat suami cakap nak masuk LR dah pukul 4 pagi..masa tolak keluar wad nampak muka suami hilang jap sakit.

4.00 pagi
Semasa di labor room, masuk bilik 16. Dengan tak da tenaga tak minum tak makan baring la saya dalam tu dengan wayar berselirat di perut. Tak boleh bangun dan gerak ganas2. Ada misi baik hati datang tanya suami mana? Ada kat luar misi.. misi kata nak tak suruh suami teman.. wahhhh dengan segera jawab nak. dia la pergi panggil suami saya yang penakut darah tu. Suami saya takut darah..dia ingt masuk LR terus beranak kot sebab tu dia tak masuk. Suami masuk dan teman saya. Bial sakit dia tolong bacakan doa, gosok-gosok tangan rasa ok la sikit. Masa dalam LR tu rasa takut juga dengar orang jerit2 meneran. serius rasa takut. 

29 Disember 2014

7.00 pagi
Doktor cek bukaan baru 5cm. Lambatnye la jalan nak buka. Sakit sungguh2 sampai besi katil tu saya goncang kuat. Jarum ditanagn pon tercabut. Suami suruh sabar. saya dah letih. Saya minta kat misi air sebab tekak dah kering sangat. 

10.00 pagi
Rasa nak teran. suami panggil doktor cek2 baru 6 cm..doktor kata jangan teran. Sakitnye la haii.. kepala otak tak leh nak pikir dah time ni..suh suami cakap kat doktor nak ceaser je sebab tak tahan sangat dah ni..doktor bg semangat suh sabar. suami pujuk2 suh zikir tenang sikit hati ni. 

12.00 tengahari
Bukaan dah 8cm. Rasa lega sikit. Rasa nak teran tapi tak boleh. Sepanjang kat LR tak henti2 mintak maaf kat suami hahahha. baru la terkenang segala dosa yang pernah buat. dan dan rasa insaf. Suami pon maaf tak kira la tengok bini tengah sakit. Doktor suruh sabar. Dah la nak buka 1 cm pon sejam. Suami kata sabar sikit pukul 2 satgi buka la tu 10 cm.

2.30 petang
Sungguh! cek bukaan dah 10cm dan saya dah bersedia nak bersalin. Doktor ada 3 orang. Doktor pelatih 2 orang. 5 Orang dalam tu. Suami saya dah keluar masa tu sebab dia takut darah. Doktor tahan suruh dia teman tapi dia takut di pengsan hihi. Bila Contraction kuat baru teran kata doktor. Masa ni segala teori dan cara teran yang baca selama ni semua dh tak ingat. Ingat nak keluarkan anak je. saya teran2 tak berjaya juga. Dah nampak kepala baby tapi masuk balik. Muka dah pucat,peluh dan tak da tenaga langsung.Mana la nak datang tenaga bayangkan last saya mkn nasi pukul 6 petang 28 Disember. 

4.00 petang
Doktor pon pulon bagi sokongan sungguh..sikit je lagi cepat teran terannn terannn dah nampak kepala baby tu..pup masuk balik..tak daya. cek CTG graf dah tak elok. Diorang kata terpaka vacum. saya pasrah sebab kepala otak ingat nak tengok anak je. tengah sakit tu tiba2 arkkk doktor dan toreh nk besarkan laluan. Masa toreh tu saya bunyi arkkk je rasa sakit sikit. pastu dioarang vacum dan suruh teran sekuat hati bila rasa contraction. Sekali teran dah keluar baby. Keluar je baby  rasa fuhhhhhh lega. Alhamdulillah syukur dengar baby menangis. Dapat baby girl seberat 3.22kg.Tak sakit pon masa vacum sbb rasa sakit nak bersalin tu lagi kuat. dh potong tali pusat dotor letak baby atas dada dan bagi cium. Lepastu tak tahu la anak saya di bawa ke mana.
Selesai bab baby.. masa untuk menjahit pulak..sakitnye la bila di tarik benang tu masa jahit kulit luar..tahan je la. Jahit banyak juga sbb gunting kan..tak perla janji boleh lahir cara normal

Dah siap semua misi bagi minum milo dan rehat dalam tu sebelum tolak masuk wad. Masa ni misi bagitau anak kena masuk Nicu.. Ya Allah..luluh hati. Misi kata anak lahir ok,dia nangis tapi lepastu nafas dia tak sekata. Masa misi sorong untuk masuk wad suami baru keluar dari Nicu saya trus tanya anak  macam mana..suami tak jawab cuma dia kata tak da apa jangan pikir sangat.. sedih sangat masa tu bila masuk wad anak tak da si sisi

bersambung...

nanti saya cerita apa masalah anak saya di entry seterusnya,,nak crita sekarang macam panjang sangat hehehe

tunguu...

Monday 11 May 2015

YES PACK SHAKLEE :Kombinasi Produk Lebih JIMAT

Assalamualikum dan hai,

Sepanjang bulan Mei sehingga Oktober 2015 ini, merupakan tempoh yang paling istimewa kerana Shaklee telah mengeluarkan 4 pakej Wellnes - YES pack yang lebih menjimatkan disamping promosi bulanan yang HEBAT.

Apa itu YES Pack?

YES pack merupakan satu cara untuk anda berjimat kerana dengan setiap pembelian YES pack anda LAYAK untuk mendapat pertambahan 5% diskaun dalam setiap pakej yang ditawarkan.

Lagi Best untuk sepanjang bulan Mei hingga Oktober 2015 jika anda daftar sebagai ahli Shaklee, anda LAYAK untuk dapat sebotol VITALEA secara PERCUMA sempena ulangtahun 100 tahun VITALEA SHAKLEE. Sebotol VITALEA berharga RM 95.80 dimana ia tahan selama 2-4 bulan untuk kegunaan harian. Vitalea ada MULTIVITAMIN PERTAMA DICIPTA DI DUNIA.. 

Kenapa anda perlu daftar ahli sepanjang promosi YES ni? 

Kerana selain dari dapat Vitalea percuma, point/uv yang ditawarkan bersama YES PACK lebih besar dari biasa dan  dan pelbagai lagi tawaran HEBAT jika anda menjadi Ahli Shaklee. Daftar sebagai ahli Shaklee hanya RM 68.90 dan anda akan mendapat KEAHLIAN SEUMUR HIDUP dan layak mendapat insentif-insentif lain yang Shaklee tawarkan.  kLIK UNTUK Baca tentang KEAHLIAN SHAKLEE.

Terdapat 4 YES PACK yang ditawarkan:

YES Healthy Prenatal
YES Healthy Postnatal
YES Healthy Fitness
YES Healthy Young Living

Walaupun tajuknya Prenatal dan Postanal, sesiapa sahaja boleh amalkan dan beli set ini kerana di dalamnya merupakan set asas utk set2 yang lain juga.

YES PACK SHAKLEE :Kombinasi Produk Lebih JIMAT, YES Healthy Prenatal, YES Healthy Postnatal, YES Healthy Fitness, YES Healthy Young Living, Vivix,

YES PACK SHAKLEE :Kombinasi Produk Lebih JIMAT, YES Healthy Prenatal, YES Healthy Postnatal, YES Healthy Fitness, YES Healthy Young Living, Vivix,

Set diet ini terdapat 6 pilihan. Yang lainnya adalah pemilihan perisa untuk cinch shake mix. Jadi, pilihlah perisa yang anda berkenan ok

YES PACK SHAKLEE :Kombinasi Produk Lebih JIMAT, YES Healthy Prenatal, YES Healthy Postnatal, YES Healthy Fitness, YES Healthy Young Living, Vivix,

YES PACK SHAKLEE :Kombinasi Produk Lebih JIMAT, YES Healthy Prenatal, YES Healthy Postnatal, YES Healthy Fitness, YES Healthy Young Living, Vivix,

YES PACK SHAKLEE :Kombinasi Produk Lebih JIMAT, YES Healthy Prenatal, YES Healthy Postnatal, YES Healthy Fitness, YES Healthy Young Living, Vivix,

YES PACK SHAKLEE :Kombinasi Produk Lebih JIMAT, YES Healthy Prenatal, YES Healthy Postnatal, YES Healthy Fitness, YES Healthy Young Living, Vivix,

YES PACK SHAKLEE :Kombinasi Produk Lebih JIMAT, YES Healthy Prenatal, YES Healthy Postnatal, YES Healthy Fitness, YES Healthy Young Living, Vivix,

YES PACK SHAKLEE :Kombinasi Produk Lebih JIMAT, YES Healthy Prenatal, YES Healthy Postnatal, YES Healthy Fitness, YES Healthy Young Living, Vivix,

Set ini yang paling best ni..

YES PACK SHAKLEE :Kombinasi Produk Lebih JIMAT, YES Healthy Prenatal, YES Healthy Postnatal, YES Healthy Fitness, YES Healthy Young Living, Vivix,

Jika anda beli set HEALTHY YOUNG LIVING ini anda akan dapat:

FREE VITALEA -JIMAT RM 94.80
FREE MEMBERSHIP -
JIMAT RM 68.90
FREE POSTAGE -
JIMAT RM 10.60
ENJOY MEMBER PRICE -
JIMAT >>RM 150
DISCOUNT 5%
CASH BACK RM 36

Apa yg best VIVIX ni??

10 KEBAIKAN VIVIX!
1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk
7) Membantu dlm proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan

Fuhhh BANYAK sangat PENJIMATAN yg shaklee bg jika beli YES PACK ini. Order sekarang dengan penJIMATan berganda.

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Nurul Afifah 
Shaklee Independent Distributor : ID 887659
whatsapp/Telegram : 019 4002389

Wednesday 6 May 2015

Promosi Bulan Mei : Omega Guard, Phytocol -ST Dan Vitalea Untuk Kanak-Kanak

Omega Guard, Phytocol-ST, Halang Dan Singkir Kolestrol Dengan Omega Guard Dan Phytocol-ST Shaklee, Vitalea For Children, Vitaea kanak-kanak, makanan tambahan untuk kanak-kanak

Promosi yang ditunggu-tunggu dah tiba. Bagi anda yang kolestrol tinggi, ada masalah darah tinggi, ingin berdiet dan tercari-cari makanan tambahan makla inilah masa yang sesuai untuk anda borong suplimen ini. 

Jom tengok apa manfaatnya..

Omega Guard

Melindungi Jantung anda ~Ia membekalkan asid lemak omega -3 berpotensi ultratulen dgn spektrum penuh bergred farmaseutikal

Membantu mengurangkan risiko sakit jantung ~satu penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega -3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Ultratulen dan bergred Farmaseutikal
~Omega Guard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul yg memekatkan asid lemak omega -3 yg bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bhn2 berbahaya seperti merkuri dan plumbum yg terdpt dlm ikan

Minyak Ikan terbaik di dunia~mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA,DHA,ALA dll. EPA menyihatkan jantung dan sendi,DHA penting bagi perkembangan dan fungsi2 otak.

Ibu hamil ~perkembangan otak bayi dlm kandungan, kurangkan risiko lahir pramatang, dan mengurangkan alahan bayi slepas bayi dilahirkan

Ibu menyusu ~perkembangan otak bayi

Kanak2~ Usia 0-6tahun adalah peringkat umur yg sangat kritikal dimana pertumbuhan otak yg yg pintar perlukan makanan yg kaya dgn asid lemak Omega 3, DHA dan EPA. dan bagus utk sistem imunisasi kanak2,asma,eczema

Individu yang ingin mengawal berat badan~omega 3 meningkatkan hormone Leptine yg mengawal selera makan dan membakar lemak lebih cepat

Individu yg ingin meningkatkan kepekaan , daya ingatan dan kecekapan kerja 

Lelaki yg mementingkan kesihatan~memelihara dari penyakit jantung, strok, obesiti, kencing manis dan byk lagi

Wanita yg mementingkan kecantikan (flawless skin) dan kesihatan(tulang dan sendi)

Shaklee OmegaGuard mengandungi Omega -3  yg kaya dgn DHA dan EPA. Omega 3 adalah asid lemak yg perlu tetapi badan kita tak dapat menghasilkannya maka ia perlu diambil dari diet harian

Phytocol-ST
  • dirumuskan khas daripada sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan, dan bijirin yang kaya dengan fitosterol asli yang aktif
  • fitosterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 untuk merendahkan paras LDL kolestrol
  • mengandungi 2000 mg fitosterol yang diperlukan setiap hari
  • kandungan fitosterol yang mencukupi seperti yang disyorkan oleh NIH
  • tiada bahan pengawet, perasa tiruan dan pemanis tiruan

Bagaimana Phytocol Shaklee berfungsi?

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus.

Ini bermaksud apabila kita mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh kita dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL kita. Lihat gambarajah di bawah.

Sekarang bagaimana? Dah tahu cara nak turun kolestrol kan? Kini kita boleh menikmati makanan kegemaran tanpa perlu bimbang dengan ancaman kolestrol asalkan kita mengamalkan Phytocol Shaklee setiap hari. Sebelum kolestrol melarat dan mengundang penyakit merbahaya adalah lebih baik kita amalkan Phytocol Shaklee untuk turunkan kolestrol secara semulajadi.

Vitalea kanak-Kanak
Kebaikan Vitalea Chewable kanak-kanak 

-    Menyediakan 19 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan untuk tumbesaran
-    Membekalkan kalsium untuk tulang, otak dan gigi 
-    Meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit 
-    Lengkap dengan vitamin B untuk fungsi tubuh yang betul 
-    Menyediakan 150% nilai harian Vitamin D untuk menyerap kalsium dengan berkesan
-    Mengandungi 100% nilai harian Vitamin C yang diperlukan 
-    Multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang cantik 
-    Sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas
-    Rasa yang sedap dan memang digemari kank-kanak

Ciri-ciri anak yang memang memerlukan Vitalea Chewable

 - Anak yang kurang selera makan 
 -  Anak yang suka makan junk food
Selalu dan mudah dapat penyakit seperti demam, batuk dan selsema. Tingkatkan sistem imuniti badan 
Ibu bapa yang gagal menyediakan makanan seimbang berkhasiat kepada anak kerana kesibukan bekerja.
-   Anak yang kurang minum susu (bekalkan 200mg dalam setiap tablet) 
-  Anak yang tak suka makan sayur (mengandungi vitamin k bantu pembekuan darah dengan cepat jika luka)

Vitalea Chewable berbeza dengan produk lain di pasaran
-    Tidak mengandungi perasa, pewarna, pengawet dan pemanis tambahan
-    Mengadungi pemanis semulajadi dengan Xylitol yang melindungi gigi dari kaviti 
-    Pembungkusan BPA free

Anda akan lebih jimat jika join kami sebagai ahli Shaklee..dapat beli dgn harga ahli disamping bonus yang Shaklee berikan jika cukup syarat..sangat menarik!

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Nurul Afifah 
Shaklee Independent Distributor : ID 887659
whatsapp/Telegram : 019 4002389

Saturday 11 April 2015

Halang Dan Singkir Kolestrol Dengan Omega Guard Dan Phytocol-ST Shaklee

Halang Dan Singkir Kolestrol Dengan Omega Guard Dan Phytocol-ST Shaklee, Omega Guard, Phytocol-ST

susah nk control makan kan bila duduk di negara yg mewah dgn makanan sedap2 ni
ada satay, kambing bako, kek2 kuih muih, roti canai, sup gear box siap isap dgn straw lagi fuhhh..mmg mencabar
sebab tu ramai yg kolestrol tinggi! tapi jgn ingt org gemuk itu tinggi kolestrol ye..ada juga mereka yg berbadan kurus tapi kolestrol tinggi..sila pantau tahap kolestrol anda..bahaya tau!
jadi..korang yg kolestrol tinggi konsisten je amik 2 ni memang nmpak kesan yg best..kolestrol turun, lemak2 hapus malah korang boleh turun berat badan dgn selamat di samping perut kempis dan kolestrol stabil!