Sebenarnya dah lama nak cerita pengalaman bersalin ni..anak pertama dulu tahun 2011 ceaser dan saya nk cerita kat blog lama dulu asyik bertangguh je sampai la mengandung anak kedua yg lahir pada 29 Disember 2014. Hambekk kau punya lama tangguh sampai mengandung lagi tak boleh nk taip entry ni. Maka saya terus share pengalaman je la untuk anak kedua ni yer..
saya sepatutnya due 7 Januari 2015. Kelengkapan baby dah siap semua dah kami beli sikit-sikit je sbb bajet guna yang kakak auni dulu je..sian adik..pasrah la ye sebagai anak kedua hehehe. Lagipon baby kan cepat besar so tak payah beriya sangat nak beli sampai penuh almari ok. Sebelum tu maafkan saya jika entry ni agak panjang almaklumla nak cerita pengalaman.
Masuk je trimester ke 3 memang saya tak larat sangat. kaki pon macam kaki gajah. Hari2 minta suami urutkan kaki bagi reda sikit sakit tu. Mood masak memang lari terus tapi terpaksa la masak juga demi mengenangkan auni dan suamiku nak makan apa pulak kalau tak masak. Sekali sekala je kami makan kat luar. OK disebabkan anak pertama dulu ceaser maka doktor pakar tanya kali ni awak nak bersalin ceaser atau biasa. ehh dalam hatiku dok kata boleh ke buat pilihan ni?? pastu saya pon jawab InsyaAllah nak cuba bersalin normal doktor..wahhh yakinnye kau hahaha padahal dalam hati dok takut-takut. Doktor kata nanti kita cek parut ceaser dulu dan tengok sama ada boleh try normal atau tak. Pastu 2 kali jmpa pakar utk cek parut dan dia kata semua elok dan boleh bersalin normal katanya.
26 Disember 2014
Masa ni aku nak balik bercuti hujung minggu di kampung halamanku di Kuala Nerang. Dalam kereta memang dah siap beg aku if ada emergency boleh terus ke hospital sebab memang menghitung hari je nak bersalin. Cadangnya awal bulan satu baru nk balik kampung bawak semua barang sebab plan memang nak berpantang di kampung dan nak bersalin di Hospital Sultanah Bahiyah. Saya pon balik la kampung dengan gembiranya dgn niat balik kampung nk makan macam2 sebelum bersalin. Masa ni memang dah rasa sakit kat ari-ari. Memang rasa baby dah turun sangat dah.
27 Disember 2014
Dekat kampung aktiviti saya makan je. Kerja rumah memang tak larat sangat nak buat. masak pon tak sebab nk berdiri memang tak boleh. Sakit di ari-ari ni memang tak menahan betul. Dalam hati dok kata nak bersalin dah kot. contraction pon kejap macam sekata kejap macam menipu ehhh main-main betul. Siang hari masa ni contraction rasa sekata tapi saya biarkan je macam tak layan sangat. Waktu maghrib saya rasa sakit kat ari-ari dan contraction makin kerap dan sekata. Malam ni juga sedara mara buat makan-makan steambot. Otak dok pikir alaaaa kalau pegi hospital kang tak leh makan stemboat pulak..sempat lagi pikir makan tuu. Bagitau suami dan suami ajak pegi hospital. Pergi hospital Kuala Nerang je dulu untuk cek bukaan. Sedara mara lain dah penuh kat rumah pak su untuk makan yang kami sibuk nk ke hospital..diorang dok usik2 pulak suh makan dulu nnt nak beranak lama nk kena pantang takut kempunan tak boleh makan steamboat..cehhh..saya pon kata tak pa nk pi hospital dulu satgi kalau tak kena tahan kakak balik makan..taruh sikit kat kakak..masa ni sayu tengok anak sulung yg kena tinggal. Dia pon macam dan pandai bawa diri. Dah sampai hospital nurse yang bertugas rupanya kawan suami. maka cepat la urusan dan orang pon tak da sebab labor room HKN tengah renovate. Nurse pon cek la bukaan..sakitnye la dia seluk hoiii..dia kata baru 1cm.. boleh balik rumah dl..tapi dh kluar darah masa dia seluk tu. kami pon balik rumah dan sambung makan steamboat sampai kenyang. Tapi saya nak duduk dan nak jalan pon macam tak daya sebab sakit kena seluk tak habis lagi. Selasai semua saya balik rehat dan tidur di rumah tapi malangnya tak boleh nak lelapkan mata. Rasa contraction dan rasa lain macam pulak.
28 Disember 2014
Pukul 6 pagi bangun nak kencing dan solat subuh tengok2 ada keluar tanda turun darah. Betul ke ni tanda turun darah ekk sebab saya tak pernah alami masa lahirkan ank sulung dulu. Bagitau suami dan dia suruh mandi dan siap2 ke hospital. Pukul 7 kami gerak ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), sebelum sampai hospital contraction rasa kuat. nak sarapan kat kedai tepi jalan pon saya dah tak nak..nak cepat sampai hospital je. Masuk kat PAC tu tak da patient lain lagi..doktor pon ramai masa tu dan cepat la diorang cek bukaan dan buat CTG..masa ni bukaan baru 2cm.. doktor tanya nak balik ke nak masuk wad. Saya kata nak masuk wad je la sebab rumah saya jauh. Ok masukla ke wad..dapat katil sebelah tingkap. Perut lapar sebab tak jamah apa langsung. Suami belikan roti dan saya makan roti. habis makan roti baru dapat makanan wad..saya makan sampi licin. Sedap makan hospital ni hahaha.. orang tak suka makanan hospital tapi saya ok je. Makan sebab nak bagi ada tenaga. pukul 4.30 petang waktu melawat. Tengok muka suami rasa lega sikit walaupon contraction makin kuat.Muka boleh senyum lagi. Pukul 6 petang mak sedara datang melawat masa ni sakit kejap kuat kejap tak. Diorang dok bergelak tawa saya memang dah bingit telinga dengan contraction yang memulas-mulas ni. Serius sakit contarction ni kita tak boleh nak adjust. pusing kanan sakit pusing kiri sakit. Lepas habis masa melawat saya pergi kat kaunter misi cakap saya sakit sangat ni misi, boleh buat VE tak? dia kat duduk dulu nak panggil doktor.. doktor seluk2 masih lagi 2cm. Saya masa ni pasrah dah..sakit kuat macam ni baru buka 2 cm macammana la aku nk hadap sakit yang bukaannya 10cm.. insaf jap.
pergi balik kat katil buka hp baca surah Maryam tapi tak dapat nak baca banyak sebab sakit. minum air zamzam,air selusuh dan istighfar. Sepanjang masa zikir je jadi peneman. sedih betul masa ni nk hadap sakit sorang2. yang paling tak tahan jiran katil sebelah ni dia dah bersalin dan dia dok ajak menyembang.. ya ampunnn aku ni tengah sakit kau ajak sembang. saya sembang sikit-sikit je sebab nak leh nk fokus dah dengan cerita dia.
Saya makan kurma 2 3 biji..nasib la kurma dah ada siap2 dalam beg ni. Pukul 11.30 malam contraction kuat sangat. sakit je saya bangun berjalan. saya tak boleh baring sebab bagi saya lagi sakit kalau baring. puas tawaf 1 wad punya nak cover sakit tapi tak boleh. kejap2 rasa nak kencing pegi tandas bila kencing je kluar darah sikit. hilang sakit saya baring, datang sakit saya bangun jalan. Pukul 2 pagi memang dah tak tahan sangat saya pergi ngadu kat misi cakap saya sakit sangat ni tlong cek bukaan jap. misi ni agak kerek sikit..buat muka bila kita cakap ngan dia..sakit hati gak masa ni. Doktor cek bukaan baru 3 cm kak..adoyaii lambat lagi ke doktor..saya tak tahan sangat ni. masa ni saya merayu-rayu dengan doktor mintak ubat tahan sakit. Nasib la doktor baik dan lembut. Dia suruk buat CTG dl..kalau ok baru boleh bagi ubat tahan sakit. Cek CTG graf tak berapa ok sebab anak tido. Misi kata graf tak elok ni macam mana nak cucuk ubat..tengah dia cakap2 baby gerak n graf makin ok. saya nak cakap pon dah tak larat. Tiba-tiba rasa nak teran sangat. saya pon teran dan panggil misi. Misi tlong2 saya rasa keluar darah la..time ni saya memang cuak sangat..doktor pon sibuk datang cek bukaan tengok dah 4 cm dan dia kata boleh masuk LR dah. Lepas tu doktor cucuk ubat tahan sakit di punggung sebab kesian saya dok tahan sakit. masa ni rasa lega sebab akhirnya aku di sorong masuk ke LR. First time nak tengok mcm mana lka rupa LR ni hehehe. Hantar sms kat suami cakap nak masuk LR dah pukul 4 pagi..masa tolak keluar wad nampak muka suami hilang jap sakit.
4.00 pagi
Semasa di labor room, masuk bilik 16. Dengan tak da tenaga tak minum tak makan baring la saya dalam tu dengan wayar berselirat di perut. Tak boleh bangun dan gerak ganas2. Ada misi baik hati datang tanya suami mana? Ada kat luar misi.. misi kata nak tak suruh suami teman.. wahhhh dengan segera jawab nak. dia la pergi panggil suami saya yang penakut darah tu. Suami saya takut darah..dia ingt masuk LR terus beranak kot sebab tu dia tak masuk. Suami masuk dan teman saya. Bial sakit dia tolong bacakan doa, gosok-gosok tangan rasa ok la sikit. Masa dalam LR tu rasa takut juga dengar orang jerit2 meneran. serius rasa takut.
29 Disember 2014
7.00 pagi
Doktor cek bukaan baru 5cm. Lambatnye la jalan nak buka. Sakit sungguh2 sampai besi katil tu saya goncang kuat. Jarum ditanagn pon tercabut. Suami suruh sabar. saya dah letih. Saya minta kat misi air sebab tekak dah kering sangat.
10.00 pagi
Rasa nak teran. suami panggil doktor cek2 baru 6 cm..doktor kata jangan teran. Sakitnye la haii.. kepala otak tak leh nak pikir dah time ni..suh suami cakap kat doktor nak ceaser je sebab tak tahan sangat dah ni..doktor bg semangat suh sabar. suami pujuk2 suh zikir tenang sikit hati ni.
12.00 tengahari
Bukaan dah 8cm. Rasa lega sikit. Rasa nak teran tapi tak boleh. Sepanjang kat LR tak henti2 mintak maaf kat suami hahahha. baru la terkenang segala dosa yang pernah buat. dan dan rasa insaf. Suami pon maaf tak kira la tengok bini tengah sakit. Doktor suruh sabar. Dah la nak buka 1 cm pon sejam. Suami kata sabar sikit pukul 2 satgi buka la tu 10 cm.
2.30 petang
Sungguh! cek bukaan dah 10cm dan saya dah bersedia nak bersalin. Doktor ada 3 orang. Doktor pelatih 2 orang. 5 Orang dalam tu. Suami saya dah keluar masa tu sebab dia takut darah. Doktor tahan suruh dia teman tapi dia takut di pengsan hihi. Bila Contraction kuat baru teran kata doktor. Masa ni segala teori dan cara teran yang baca selama ni semua dh tak ingat. Ingat nak keluarkan anak je. saya teran2 tak berjaya juga. Dah nampak kepala baby tapi masuk balik. Muka dah pucat,peluh dan tak da tenaga langsung.Mana la nak datang tenaga bayangkan last saya mkn nasi pukul 6 petang 28 Disember.
4.00 petang
Doktor pon pulon bagi sokongan sungguh..sikit je lagi cepat teran terannn terannn dah nampak kepala baby tu..pup masuk balik..tak daya. cek CTG graf dah tak elok. Diorang kata terpaka vacum. saya pasrah sebab kepala otak ingat nak tengok anak je. tengah sakit tu tiba2 arkkk doktor dan toreh nk besarkan laluan. Masa toreh tu saya bunyi arkkk je rasa sakit sikit. pastu dioarang vacum dan suruh teran sekuat hati bila rasa contraction. Sekali teran dah keluar baby. Keluar je baby rasa fuhhhhhh lega. Alhamdulillah syukur dengar baby menangis. Dapat baby girl seberat 3.22kg.Tak sakit pon masa vacum sbb rasa sakit nak bersalin tu lagi kuat. dh potong tali pusat dotor letak baby atas dada dan bagi cium. Lepastu tak tahu la anak saya di bawa ke mana.
Selesai bab baby.. masa untuk menjahit pulak..sakitnye la bila di tarik benang tu masa jahit kulit luar..tahan je la. Jahit banyak juga sbb gunting kan..tak perla janji boleh lahir cara normal
Dah siap semua misi bagi minum milo dan rehat dalam tu sebelum tolak masuk wad. Masa ni misi bagitau anak kena masuk Nicu.. Ya Allah..luluh hati. Misi kata anak lahir ok,dia nangis tapi lepastu nafas dia tak sekata. Masa misi sorong untuk masuk wad suami baru keluar dari Nicu saya trus tanya anak macam mana..suami tak jawab cuma dia kata tak da apa jangan pikir sangat.. sedih sangat masa tu bila masuk wad anak tak da si sisi
bersambung...
nanti saya cerita apa masalah anak saya di entry seterusnya,,nak crita sekarang macam panjang sangat hehehe
tunguu...